Pengusaha Projek Kampung


Kami sebenarnya tak ada pengalaman dalam bidang pertanian - si suami berlatarbelakangkan bidang Teknologi Maklumat dan bekerja sebagai perunding sistem, dan si isteri merupakan graduan Linguistik dan pernah menjadi guru selama 5 tahun.

Tapi kami ada satu matlamat yang sama. Kami ingin keluar dari kebergantungan pada makan gaji dan jujur cakap, kami ni bukanlah calon sesuai untuk hidup di kota. Aktiviti yanng kami gemar hampir kesemuanya dilakukan di luar bandar. Lagipun si isteri ada masalah pernafasan.

Ya, setelah pelbagai sebab dilambakkan di atas batu jemala, dan setelah pelbagai alasan kami cari untuk menlengahkan hijrah ini (nak bayar hutang dulu, nak cuba dapatkan anak dulu, nak kukuhkan perniagaan suami dulu, blah blah blah asdgasfdhjasgfjhsl) - kami mulakan langkah sikit demi sikit untuk masuk dalam aktiviti permakultur ini.

Doakan kami istiqamah. Aamiin.

No comments: